Mohd Khairuddin Othman berucap pada sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama YsukuRiders yang diadakan di Bukit Rahman Putra pada 14 Mei 2022. Foto MUSTAKIM RAMLI/SELANGORKINI
SELANGORSUKANKINI

Sukan SEA: Kerajaan Negeri pertimbang beri ganjaran kepada atlet Selangor

SUNGAI BULOH, 15 MEI: Kerajaan Negeri mempertimbang untuk memberi ganjaran kepada atlet Selangor yang mengharumkan nama negara pada Sukan SEA Ke-31.

EXCO generasi muda dan modal insan berkata bentuk ganjaran itu akan dibincang dengan Dato’ Menteri Besar, Dato’Seri Amirudin Shari terlebih dahulu.

“Kita ada cadangan itu (beri ganjaran) dan kita tunggu mereka pulang dahulu.

“Selangor hargai seperti sebelum ini pemberian kepada atlet Sukma dan Insya-Allah untuk Sukan SEA pun begitu,” kata Mohd Khairuddin Othman.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama YsukuRiders yang diadakan di Bukit Rahman Putra di sini, semalam.


Pengarang :