Foto Twitter BERNAMA
AGENDASUKANKINI

Sukan SEA: Skuad terjun negara terus cemerlang, sumbang emas ketujuh

HANOI, 11 MEI: Atlet terjun negara,  Muhammad Syafiq Puteh dan Gabriel Gilbert Daim menguasai dua tempat teratas untuk Malaysia dalam acara 3 meter papan anjal lelaki Sukan SEA Ke-31, di sini hari ini.

Muhammad Syafiq, 27, merangkul pingat emas dengan markah keseluruhan 381.35 mata selepas enam terjunan, gelaran juara sulung beliau dalam acara individu selepas memenangi pingat emas dalam acara 3m papan anjal seirama campuran bersama Jasmine Lai dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Gabriel memperoleh perak dengan 375.30 mata sementara wakil Thailand  Chawanwat Juntaphadawon membawa pulang gangsa dengan 340.35 mata

— BERNAMA


Pengarang :