EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman berucap merasmikan Kejohanan Selangor Martial Arts XTIV di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 29 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDASUKANKINI

Sukma 2022: Selangor belum putuskan sukan ditandingi

SHAH ALAM, 29 MEI: Kerajaan Negeri akan mengumumkan sukan ditandingi dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2022 selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Sukma yang dijadualkan pada minggu ini.

EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman sebarang keputusan mengenai acara yang bakal disertai atlet negeri perlu melalui perbincangan terlebih dahulu sebelum pengumuman rasmi dibuat.

“Tidak ada berita baharu sehingga majlis tertinggi Sukma bermesyuarat dan selepas itu akan ditetapkan acara,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Selangor Martial Arts XTIV di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini, hari ini.

Sebelum ini, Mohd Khairuddin Othman berkata seramai 800 atlet negeri dijangka menyertai temasya yang dijadual berlangsung dari 29 September hingga 8 Oktober depan di sekitar Lembah Klang.

Sukma ke-20 yang sepatutnya berlangsung di Johor dari 6 hingga 14 Mac 2020 ditunda beberapa kali susulan pandemik Covid-19, sebelum diputuskan untuk dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara di Lembah Klang.

Selangor menetapkan sasaran kedudukan tiga teratas pada Sukma ke-20, yang akan dianjurkan di sekitar Lembah Klang bermula 29 September hingga 8 Oktober ini.

 


Pengarang :