DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima Buku Laporan Sedekad Perbadanan Wakaf Selangor daripada Pengerusi PWS Dato’ Setia Ramli Mahmud di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 28 April 2022. Foto Facebook PWS Mais
SELANGOR

Sultan berkenan terima laporan sedekad Perbadanan Wakaf Selangor

SHAH ALAM, 1 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan menerima Buku Laporan Sedekad Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) sempena genap 10 tahun penubuhannya.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menerima buku tersebut daripada Pengerusi PWS Dato’ Setia Ramli Mahmud di Istana Bukit Kayangan di sini pada 28 April lalu.

“Penerbitan Sedekad PWS ini dapat memberi impak positif kepada semua pihak yang ingin mendapatkan pengetahuan mengenai aktiviti, prestasi serta gerak kerja PWS.

“Selain itu, ia menjadi panduan dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai sumber rujukan pada masa akan datang,” kata PWS dalam kenyataan di Facebook.

Hadir sama Timbalan Pengerusi PWS Dato’ Ibrahim Md Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Dato’ Mohammad Yacob dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Anuar Hamzah Tohar.


Pengarang :