DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang pada 2 Mei 2022. Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sultan rai 1 Syawal bersama kerabat diraja, Orang Besar Istana

SHAH ALAM, 3 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan bersantap dan meraikan 1 Syawal bersama adinda-adinda Baginda di Istana Alam Shah, Klang.

Baginda turut diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Menurut Facebook Selangor Royal Office, turut serta ialah Orang-orang Besar Istana, kerabat diraja serta sahabat handai.

Sebelum itu, Baginda menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Istana Diraja.

 


Pengarang :