Gelagat seorang jemaah kanak-kanak ketika menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan pada 2 Mei 2022. Foto BERNAMA
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Syawal disulami kesyukuran, jangan alpa patuhi SOP

SHAH ALAM, 2 MEI: Setelah sebulan berpuasa, kini tiba masa umat Islam meraikan Syawal dengan penuh kesyukuran setelah dua tahun berhari raya dalam Perintah Kawalan Pergerakan.

Wakil rakyat negeri berkongsi ucapan sempena Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada 2 Mei 2022.

“Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran kepada-Nya. Ia satu kemenangan buat semua yang telah menjalani ibadat puasa selama sebulan dengan rasa penuh keinsafan. Berhati-hati di jalan raya dalam kita menanti bertemu keluarga jauh dan dekat. Salam Aidilfitri”

Rozana Zainal Abidin – Permatang

Juwairiya Zulkifli

“Saya mendoakan agar seluruh muslimin dan muslimat meraikan Aidilfitri dengan kesyukuran dan kesederhanaan. Ingatlah mereka yang kurang berkemampuan, kongsi kegembiraan hari kemenangan kita dengan berkongsi rezeki dan menziarahi sanak saudara”

Juwairiya Zulkifli – Bukit Melawati

“Memasuki Ramadan penuh keberkatan, menempuhnya dengan keredaan, menghabiskannya mengharapkan kerahmatan dan keampunan. Selamat menyambut Aidilfitri yang mulia”

Saari Sungib – Hulu Kelang

“Setelah sebulan berpuasa, umat Islam menyambut ketibaan Syawal. Mari kita menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin”

Lee Kee Hiong – Kuala Kubu Baharu

“Walaupun diberi kebebasan untuk kembali ke kampung masing-masing bagi meraikan Hari Raya dengan ahli keluarga, saya berharap rakyat Malaysia kekal mengikuti SOP. Dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin”

Chua Wei Kiat – Rawang

“SOP Covid-19 jangan alpa dan cuai. Kelak diri menjadi mangsa sesal tidak berguna, berhati-hati memandu pulang ke kampung sempena Aidifitri. Teruskan amalan baik yang kita lakukan di luar bulan Ramadan”

Mohd Sany Hamzan – Taman Templer

“Setelah sebulan menunaikan ibadat berpuasa bersama, marilah kita berdoa agar segala amalan kita sepanjang Ramadan ini diterima Allah. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita bersama dalam rahmat Allah”

Halimey Abu Bakar – Seri Setia

“Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslim di Selangor. Semoga semua menikmati hari raya yang selamat bersama keluarga. Berhati-hati di jalan raya”

Ean Yong Hian Wah – Seri Kembangan

Edry Faizal Eddy Yusof

“Kapal berlayar pusing benua
Sampan berhenti sebelah jeti
Dipanjat doa untuk semua
Moga lebaran Allah berkati”

Edry Faizal Eddy Yusof – Dusun Tua

“Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam amnya dan warga DUN Sungai Ramal khasnya. Maaf zahir dan batin”

Mazwan Johar – Sungai Ramal

“Sudah dua tahun Hari Raya Aidlifitri dalam keadaan tempoh PKP kerana wabak Covid-19. Kali ini pasti lebih meriah diraikan dengan sanak saudara. Selamat Hari Raya untuk semua”

Wong Siew Ki – Balakong

Berakhir sudah ibadah puasa,
Kini keriangan Syawal menjelma,
Walaupun kelonggaran diberikan,
Raikan Aidilfitri dengan sederhana

“Semoga rahmat dan keberkatan dikurniakan buat anda dan seluruh ahli keluarga. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin”

Michelle Ng Mei Sze – Subang Jaya

“Sambutlah Aidilfitri kali ini dengan penuh keinsafan dan kegembiraan. Jangan leka pada saat sedang bergembira. Sentiasa patuhi garis panduan ditetapkan. Bantulah mereka yang memerlukan dan elakkan pembaziran di musim perayaan. Selamat Hari Raya maaf zahir batin”

Syamsul Firdaus Supri – Taman Medan

“Menjelang Syawal, saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Semoga Allah menerima segala amalan kita di bulan Ramadan. Sambutlah Syawal dengan penuh kesederhanaan di samping keluarga tersayang”

Najwan Halimi – Kota Anggerik

Lim Yi Wei

Pergi ke pasar basah
Beli sekilo lokan
Walau dalam hidup ada susah
Dalam kegelapan masih ada harapan

“Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada warga Selangor yang beragama Islam”

Lim Yi Wei – Kampung Tunku

“Sempena Aidilfitri, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat dan seluruh warga Selangor yang menyambut. Saya ingin memohon maaf atas segala silap dan salah, dan semoga kita mendapat keberkatan daripada-Nya”

Jamaliah Jamaluddin – Bandar Utama

“Harap semua menyambut hari raya dengan selamat kerana pandemik Covid-19 masih berada dalam kalangan kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang beragama Islam”

Rajiv Rishyakaran – Bukit Gasing

“Sesunguhnya masa ini mengajar kita nilai kehidupan yang sebenar dan kepentingan nilai kekeluargaan. Dalam keriangan menyambut kehadiran Syawal yang mulia ini, jangan lupakan mereka yang hidup serba kekurangan”

Elizabeth Wong – Bukit Lanjan

“Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Kota Damansara. Maaf zahir dan batin saya ucapkan. Semoga sambutan kali ini lebih bermakna dan meriah bersama insan tersayang”

Shatiri Mansor – Kota Damansara

“Sambutlah Aidilfitri kali ini dengan penuh keinsafan dan kegembiraan. Jangan leka pada saat sedang bergembira serta sentiasa patuhi garis panduan ditetapkan”

Fakhrulrazi Mokhtar – Meru

“Berakhir sudah ibadah puasa,
Kini Syawal berkunjung tiba,
Bulan mulia membawa bahagia,
Mengikat kasih sesama saudara,
Ampun dan maaf ikhlas dipinta,
Semoga diberkati semua usaha,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin”

Azmizam Zaman Huri – Pelabuhan Klang

“Tahun ini kita meraikan Aidilfitri yang begitu unik selepas PKP. Walaupun dalam keadaan endemik, tapi semua perlu mematuhi SOP supaya dapat menyambut dengan suasana meriah dan sihat. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin”

Leong Tuck Chee – Pandamaran

ADN Sentosa Dr G Gunarajah

“Semoga ibadat sepanjang Ramadan ini diberkati Tuhan dan Hari Raya Aidilfitri disambut bersama keluarga tersayang dilimpahi dengan kegembiraan serta kebahagiaan. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin”

Gunaraj George – Sentosa

“Syukur kita menyambut Ramadan dan Syawal dalam keadaan yang sederhana jauh lebih baik berbanding tahun lepas. Biarpun begitu, kita tidak boleh leka dan perlu senantiasa mematuhi peraturan serta SOP”

Lau Weng San – Banting

“Sambutan raya pasti lebih menyeronokkan kerana kita sudah masuk ke fasa endemik, namun jangan dilupa SOP. Terima kasih kepada barisan hadapan yang berusaha mengekang Covid-19. Jasa ini kami hargai dan disematkan dalam doa kami seharian. Selamat Hari Raya”

Hasnul Baharuddin – Morib

“Pematuhan SOP dan norma baharu perlu menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian kita terutamanya dalam menyambut Aidilfitri. Dengan rasa rendah diri, salam Aidifitri maaf zahir dan batin”

Ronnie Liu – Sungai Pelek


Pengarang :