Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDANASIONAL

Tiga daerah di Selangor dijangka hujan hingga 12 tengah hari

SHAH ALAM, 16 MEI: Tiga daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga jam 12 tengah hari, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata amaran turut membabitkan seluruh negeri Perlis; Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda di Kedah; Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak; Dungun dan Kemaman di Terengganu; Kuantan, Pahang serta Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor.

Amaran yang dikeluarkan di Facebook MetMalaysia itu turut membabitkan Saratok, Kabong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Song dan Tatau di Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :