Keadaan aliran trafik Lebuh Raya Utara-Selatan di Kilometer 279 Arah Selatan sesak dan bergerak perlahan ketika tinjauan pada 4 Mei 2022 berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti Hari Raya Aidilfitri di Ipoh. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Trafik di lebuh raya utama menuju KL masih sesak setakat 10 malam

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Aliran trafik menghala ke ibu kota di lebuh raya utama masih mengalami kesesakan berikutan warga kota mula pulang selepas cuti Aidilfitri di kampung masing-masing.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata setakat 10 malam tadi, trafik di Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke Kuala Lumpur sesak di Bukit Tambun ke Jawi, Changkat Jering ke Kuala Kangsar, Simpang Pulai ke Gopeng dan dari kawasan mendaki di Gua Tempurung hingga ke Sungkai.

“Trafik turut sesak di Pedas Linggi menuju Port Dickson, Pagoh ke Jasin, Melaka dan Simpang Ampat ke Port Dickson,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga berkata bagi laluan dari timur, trafik sesak selepas Plaza Tol Bentong menuju ke Bukit Tinggi.

– BERNAMA


Pengarang :