Naib Canselor UKM Prof Dato Dr Mohd Ekhwan Toriman dan Ketua Pegawai Eksekutif Regional Group Company Qatar Sheikh Abd Rahman Khalifa Abdul Aziz Al-Thani bertukar-tukar dokumen selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi pembukaan cawangan UKM di Doha, Qatar pada 19 Mei 2022. Foto Facebook UKM
AGENDASELANGOR

UKM buka cawangan di Qatar, pengambilan pertama Oktober ini

SHAH ALAM, 20 MEI: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi institusi pengajian tinggi awam pertama dalam negara yang membuka cawangan di Doha, Qatar.

Kejayaan mengembangkan sayap ke luar negara itu direalisasi menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bersama The Regional Group of Qatar semalam.

“Pengambilan sulung pelajar di kampus cawangan Qatar pada Oktober ini,” kata UKM melalui kenyataan di Facebook.

MoU itu ditandatangani Naib Canselor UKM Prof Dato Dr Mohd Ekhwan Toriman dan Ketua Pegawai Eksekutif Regional Group Company Qatar Sheikh Abd Rahman Khalifa Abdul Aziz Al-Thani.

Majlis itu turut disaksikan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

The Regional Group of Qatar adalah sebuah syarikat yang menguruskan bidang pembangunan hartanah, pengurusan aset, pertanian, pelaburan saham dan khidmat perundingan kejuruteraan di negara berkenaan.


Pengarang :