Wakil Lembaga Zakat Selangor menyerahkan bantuan kepada Anita Abd Karim. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

Zakat Selangor bantu baik pulih kediaman terbakar

SHAH ALAM, 4 MEI: Menjelang Aidilfitri, seorang asnaf diduga apabila kediamannya terbakar dalam satu insiden di Bukit Beruntung, Hulu Selangor dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, Anita Abd Karim pasrah apabila kediamannya yang baharu selesai dicat bagi sambutan Aidilfitri terbakar.

Bagaimanapun, kesedihan yang menimpa wanita itu mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS) daerah Hulu Selangor.

Agensi itu memaklumkan pihaknya telah menziarahi dan menyantuni keluarga tersebut dan memberi bantuan pendahuluan RM500.

“Kami memohon kepada semua agar dapat mendoakan beliau supaya tabah dan dikurniakan kekuatan dalam mengharungi ujian ini.

“Insya-Allah selepas Aidilfitri ini kita bantu baik pulih rumah mangsa,” katanya menerusi Facebook.

Agensi itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pengeluar zakat kerana membantu asnaf ini.


Pengarang :