Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Dato’ Dr Sha’ari Ngadiman bercakap kepada media selepas sesi pendengaran awam penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 1 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

11,793 jangkitan denggi setakat 28 Mei, Petaling catat kes tertinggi

SHAH ALAM, 1 JUN: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merekodkan 11,793 kes demam denggi sehingga 28 Mei lalu.

Pengarahnya Dato’ Dr Sha’ari Ngadiman berkata jumlah itu mencatat peningkatan sebanyak 87.2 peratus atau 5,492 kes berbanding tahun lalu dalam tempoh sama, 6,301 kes.

“Bagaimanapun, berdasarkan minggu epid 21 yang berakhir 28 Mei lalu, jumlah kes denggi catat penurunan kepada 866 kes berbanding minggu epid sebelumnya iaitu 920 kes,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah beliau, lima daerah yang mencatat kes tertinggi ialah Petaling 4,436 kes, Klang (2,729); Hulu Langat (2,435); Gombak (1,188) dan Sepang 334 kes.

“Setakat ini, jumlah lokaliti wabak denggi aktif adalah sebanyak 331 iaitu lokaliti titik panas 33, wabak tak terkawal 26 dan wabak terkawal dan wabak baharu 272.

“Bilangan lokaliti titik panas berdasarkan daerah adalah Petaling 21, masing-masing empat di Hulu Langat dan Klang, Kuala Langat (tiga) dan Sepang (satu). Selain itu, tiada kematian denggi didaftarkan pada minggu ini,” katanya.


Pengarang :