Orang ramai beriadah di pantai Teluk Sisek, Kuantan, Pahang pada 5 Jun 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

1,571 kes baharu, satu kematian akibat Covid-19

SHAH ALAM, 13 JUN: Jumlah jangkitan harian Covid-19 turun sedikit kepada 1,571 kes semalam, berbanding 1,709 kes hari sebelumnya.

Berdasarkan data dikongsi menerusi https://covidnow.moh.gov.my pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,526,298 kes.

Kes aktif Covid-19 setakat semalam adalah 22,395, turun 5.8 peratus berbanding 14 hari lepas dengan 21,325 sedang menjalani kuarantin kendiri.

Selain itu, sebanyak 18 kes di tempatkan di di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), 976 kes menerima rawatan di hospital dan 26 kes di unit rawatan rapi (ICU).

Data Covidnow menunjukkan satu kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,712 kes.

 


Pengarang :