Seorang ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE) menerima baucar beli-belah DUN Kuala Kubu Bharu. Foto Facebook Lee Kee Hiong
ADNSELANGOR

1,800 penduduk DUN Kinrara boleh tebus baucar beli-belah SMUE hingga 21 Jun

SHAH ALAM, 8 JUN: Seramai 1,800 penerima peserta Skim Mesra Usia Emas (SMUE) diminta hadir ke pusat khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara untuk menebus baucar Jom Shopping.

Wakil rakyatnya Ng Sze Han berkata penebusan baucar bernilai RM100 itu terbuka kepada individu yang menyambut ulangtahun kelahiran mulai Mac hingga Jun.

“Kepada ahli SMUE DUN Kinrara yang hari lahirnya pada Mac hingga Jun, sila bawa bersama kad pengenalan ke pusat khidmat saya bermula jam 10 pagi hingga 5 petang untuk menuntut baucar tersebut.

“Penyerahan baucar Jom Shopping ini bermula sejak semalam sehingga 21 Jun ini. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak menceriakan sambutan hari lahir penerima,” katanya kepada Selangorkini.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat boleh hubungi pusat khidmat masyarakat DUN Kinrara menerusi talian 03-8082 1661.

SMUE diperkenalkan lebih sedekad lalu bagi menghargai warga emas negeri ini dengan setiap ahli mendapat manfaat baucar beli-belah dan khairat kematian.

Belanjawan Selangor 2022 memperuntuk sebanyak RM27.5 juta bagi kelangsungan program tahun ini.


Pengarang :