Kakitangan Sutera Globals Muhammad Hakimin Nor Azime, 20, menitiskan sampel air liur pesakit pada kit ujian kendiri ‘Gmate Covid-19 Rapid Antigen Test’ buatan Korea pada 29 Julai 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

1,922 jangkitan baharu Covid-19 semalam, 1,564 kes sembuh

SHAH ALAM, 15 JUN: Sebanyak 1,922 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam, menurun sedikit berbanding 2,092 kes kelmarin.

Mengikut data di laman web CovidNow, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara kini sebanyak 4,493,129.

Data itu juga menunjukan 1,564 kes sembuh dengan jumlah kes sembuh sebanyak 4,471,631 manakala,  empat lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan termasuk satu kes meninggal dunia di luar hospital.

Berikut pecahan kes baharu mengikut negeri:

Selangor: 821
Kuala Lumpur: 351
Pulau Pinang: 136
Negeri Sembilan: 105
Sabah: 82
Melaka: 76
Sarawak: 76
Perak: 69
Johor: 58
Kedah: 58
Putrajaya: 32
Pahang: 17
Kelantan: 16
Terengganu: 17
Perlis: 6
Labuan: 2


Pengarang :