Petugas kesihatan mengekstrak sampel saringan Covid-19 bagi mengesahkan status kes di Institut Penyelidikan Perubatan, Shah Alam pada 1 Julai 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

2,092 kes baharu semalam, empat kematian akibat Covid-19

SHAH ALAM, 14 JUN: Sebanyak 2,092 kes baharu Covid-19 dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kes 4,491,210 setakat semalam.

Mengikut data di laman web CovidNow, sebanyak 1,876 pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah 4,470,067.

Data juga menunjukan daripada 22,607 kes aktif yang dilaporkan, 21,589 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 16 di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC) dan 978 kes di hospital.

Selain itu, 12 kes dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan manakala 12 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Empat lagi kematian direkodkan termasuk satu kes meninggal dunia di luar hospital.

 


Pengarang :