Petugas ibadah korban memotong daging lembu untuk diagihkan kepada penduduk sekitar sempena Aidiladha di Stelvio Bukit Antarabangsa, Ampang pada 20 Julai 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

24 ekor haiwan korban diagih ke masjid, surau DUN Tanjung Sepat

SHAH ALAM, 30 JUN: Sebanyak 20 ekor kambing akan diagih kepada surau dan masjid terpilih sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Sepat sempena Hari Raya Aidiladha.

Wakil rakyatnya Borhan Aman Shah berkata empat ekor lembu turut diagih dalam masa terdekat untuk ibadah korban tahun ini hasil sumbangan Kerajaan Selangor.

“Jumlah ini atas kapasiti saya sebagai EXCO dan wakil rakyat kawasan, manakala Ahli Dewan Negeri lain difahamkan menerima dua ekor lembu serta 10 ekor kambing.

“Terpulang kepada wakil rakyat mahu beri kepada siapa, tetapi kita akan buat agihan untuk masjid dan surau yang belum menerima bantuan tersebut tahun lepas,” katanya kepada Selangorkini.

Pada 19 Jun lalu, Dato’ Menteri Besar berkata Kerajaan Selangor menerima sumbangan sebanyak 660 ekor lembu dan 1,000 ekor kambing bernilai RM5.05 juta untuk ibadah korban tahun ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan sumbangan itu diperoleh daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan pelbagai agensi lain.


Pengarang :