Pengerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide), Dato’ Bakhtiar Hussin (tengah) dan Pengurus Besar Yide Nur Mohd Razali Abdullah (kanan) menyerahkan sumbangan kepada pesakit buah pinggang di Pusat Dialisis Mais cawangan Kapar pada 11 April 2022. Foto Facebook Yide
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

250 pesakit jalani rawatan di pusat dialisis seliaan Yide

SHAH ALAM, 29 JUN: Kira-kira 250 pesakit buah pinggang menjalani rawatan di Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang diselia Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide).

Agensi menerusi Facebook memaklumkan mereka mendapatkan rawatan di enam cawangan iaitu di Bukit Jelutong, Sg Besar, Kuala Selangor, Kapar, Shah Alam dan Taman Melawati.

Menurutnya, antara kriteria penerima ialah pesakit mestilah mendapat pengesahan doktor pakar.

Sebarang pertanyaan atau pendaftaraan, boleh layari http://www.yide.com.my atau menghubungi di talian 03-3345 9900.

Yide mengurus selia enam cawangan pusat dialisis dengan menyediakan 43 mesin hemodialisis bagi menampung kapasiti pesakit daripada pelbagai peringkat umur.

Malah, agensi itu berperanan menguruskan hal ehwal anak yatim di Selangor dengan melaksanakan program agihan sumbangan kewangan dan bantuan pendidikan.


Pengarang :