Sukarelawan membantu remaja dan ibu bapa bagi menerima suntikan pelalian Covid-19 ketika Progam Vaksinasi Remaja di PPV Bangi Avenue Convention Centre, Kajang pada 30 September 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

33.2 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi

KUALA LUMPUR, 2 JUN: Sebanyak 1,180,415 atau 33.2 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Kanak-kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,728,942 atau 48.6 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,914,722 atau 93.7 peratus telah lengkap divaksin, manakala 3,011,068 atau 96.8 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sejumlah 16,100,274 atau 68.4 peratus individu dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, sebanyak 22,975,123 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,251,598 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 4,666 dos harian diberikan semalam meliputi 563 dos pertama, 2,557 dos kedua dan 1,546 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,947,904.

Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan dua kematian akibat Covid-19 semalam dengan masing-masing satu kes di Johor dan Melaka.

– BERNAMA


Pengarang :