Sekumpulan anak yatim yang berpeluang menonton animasi BoboiBoy Air episod empat terbitan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Animonsta Studios di Golden Screen Cinemas Mid Valley Megamall pada 9 Jun 2022. Foto NORRASYIDAH ARSHAD/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

80 anak yatim jadi kumpulan pertama tonton animasi BoboiBoy Air

KUALA LUMPUR, 9 JUN: Seramai 80 anak yatim diberi peluang menjadi penonton pertama animasi BoboiBoy Air episod empat terbitan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Animonsta Studios hari ini.

Ketua komunikasi korporat Air Selangor berkata kanak-kanak terbabit merupakan penghuni Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras dan Asrama Damai Kuang.

“Episod ini menceritakan perjalanan BoBoiBoy dalam menentang raksasa sampah bagi memastikan sungai bebas dari sebarang pencemaran.

“Jika semua individu menjaga sumber air, kami yakin masyarakat akan menikmati faedahnya untuk tahun-tahun akan datang,” kata Elina Baseri.

Beliau ditemui pada pelancaran siri berkenaan di Golden Screen Cinemas (GSC) Mid Valley Megamall hari ini.

Sebelum ini, tiga episod BoboiBoy Air yang ditayangkan sejak Jun 2021 iaitu Misi Khas BoboiBoy Air, Sertai Misi Khas BoboiBoy Air Sekarang dan Manfaat Air Hujan mendapat lebih daripada 7.7 juta tontonan.

Selain tontonan khas berkenaan, anak yatim terbabit turut dirai dengan tayangan filem baharu Jurassic World Dominion.


Pengarang :