Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kiri) dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menghadiri Istiadat Konvokesyen ke-11 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 18 Jun 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Agong selesai jalani prosedur intervensi sendi buku lali, lutut

KUALA LUMPUR, 23 JUN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selesai menjalani prosedur intervensi sendi buku lali dan lutut dan kini berada dalam keadaan stabil serta tidak membimbangkan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata prosedur berkenaan dijalankan Isnin lepas.

“Ekoran prosedur intervensi tersebut, Seri Paduka telah selanjutnya dinasihatkan untuk menjalani pemantauan dan pengawasan rapi pakar perubatan,” katanya.

Ahmad Fadil berkata Seri Paduka dijadual berangkat pulang bersemayam di Istana Negara hujung minggu ini setelah selesai menjalani rawatan pemantauan dan pengawasan rapi tersebut.

Beliau berkata Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa syukur dan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahteraan Seri Paduka.

Baginda dilapor menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital kerana gering di bahagian kaki sejak Isnin lepas.

– BERNAMA


Pengarang :