Foto Facebook Istana Negara
AGENDANASIONAL

Agong zahir ucapan selamat ulang tahun TUDM ke-64

KUALA LUMPUR, 1 JUN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-64 kepada seluruh warga TUDM, veteran TUDM serta semua yang pernah berkhidmat bersama TUDM.

Ucapan Seri Paduka dikongsi Istana Negara menerusi catatan  dalam akaun Facebook rasminya hari ini.

Menurut Istana Negara  jasa khidmat dan bakti TUDM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan ruang angkasa negara amat dihargai dan disanjungi.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar TUDM terus mengorak langkah sebagai satu ketumbukan udara yang moden dalam mempertahankan kedaulatan ruang angkasa negara serta menjadi sebuah angkatan udara disegani dan dihormati di persada antarabangsa.

Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara, menurut hantaran itu.

— BERNAMA

 


Pengarang :