Sesi pembelajaran dijalankan pusat Anak Istimewa Selangor (Anis) untuk membantu kanak-kanak terlibat meningkatkan kemahiran diri dan boleh berdikari. Foto Facebook Anis
AGENDABERITA UTAMASELANGOR

Anis pelawa ibu bapa miliki anak lewat bertutur jalani ujian saringan percuma

SHAH ALAM, 14 JUN: Ibu bapa yang mempunyai anak lewat bertutur dipelawa menyertai program saringan dan pengesahan kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor.

Anak Istimewa Selangor (Anis) memaklumkan mereka yang berminat boleh mendaftar mulai sekarang sehingga tarikh tutup pada 21 Julai ini dan ia adalah percuma.

“Anak anda mempunyai masalah lewat perkembangan seperti lambat bercakap dan sebagainya? Ingin tahu lebih lanjut berhubung masalah tersebut melalui saringan ujian awal oleh pakar? Yang paling penting, ia percuma!.

“Program saringan ini khusus kepada kanak-kanak yang tidak pernah melalui sebarang saringan mahupun rujukan daripada doktor pakar. Jangan lepaskan peluang dan segera daftar sebelum 21 Julai ini,” tulisnya di Facebook.

Menurut Anis, ibu bapa atau penjaga boleh mengisi maklumat menerusi pautan https://www.anisselangor.com/saringan untuk menyertai program ini.

Katanya, selepas saringan, ibu bapa akan diberi rumusan laporan oleh sekumpulan pakar dalam pelbagai bidang untuk tindakan selanjutnya.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi 03-5545 3170 (Pusat Anis).


Pengarang :