Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam majlis berbuka puasa bersama pemimpin masyarakat di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 15 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Anwar minta kerajaan tidak abai veteran ATM berkait isu pencen

SHAH ALAM, 6 JUN: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan supaya tidak mengabaikan kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Mendesak menteri pertahanan supaya segera bertindak, beliau berkata pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) beberapa kali membawa isu tersebut ke Parlimen keranagolongan itu banyak berjasa kepada negara.

Beliau menambah tindakan veteran ATM mengadakan perhimpunan di Tugu Negara, Kuala Lumpur menunjukkan mereka tiada pilihan berikutan Kementerian Pertahanan tidak memberi perhatian terhadap hak mereka.

“Saya mendesak menteri pertahanan untuk segera ambil tindakan terkait perkara ini. Usah abaikan suara golongan veteran ATM yang telah banyak berjasa kepada negara kita,” kata presiden Parti Keadilan Rakyat itu  Facebook.

Hari ini, sekumpulan pesara tertera berhimpun secara aman di Tugu Negara selepas lapan tahun gagal menegakkan hak mereka mengikut saluran betul berhubung isu pencen.

Mereka mengemukakan tiga tuntutan utama iaitu penyelerasan pencen, pemberian pencen kepada veteran yang tidak menerima pencen dan buka ruang untuk beri pengampunan kepada veteran ATM supaya mereka dapat menerima pencen serta diiktiraf sebagai veteran.

“Kami adalah kumpulan yang tidak mempunyai kaitan dengan politik. Sekitar 330,000 veteran yang masih dinafikan hak mereka dan daripada jumlah itu, sekitar 135,000 yang tidak mempunyai pencen,” kata
pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Meor Rosli Meor Mohd Jaafar.

Dalam perhimpunan itu, kira-kira 500 veteran hadir selain orang awam yang turut serta bagi bersolidariti bersama bekas perajurit negara.


Pengarang :