Pengerusi Pakatan Harapan (PAKATAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Anwar, pemimpin HARAPAN beri penerangan isu semasa di Tanjong Karang 2 Julai

SHAH ALAM, 29 JUN: Barisan pemimpin kanan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan memberi penjelasan pelbagai isu semasa dalam ceramah umum di padang Kampung Permatang, Tanjong Karang pada 2 Julai.

Dijadual mulai 8 malam, Jelajah HARAPAN Selangor menampilkan Pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Majlis itu turut disertai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Gobind Singh Deo dan Pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim.

Dalam program sama di Morib, Kuala Langat minggu lalu, Anwar yang juga presiden KEADILAN menekankan kepentingan untuk membela nasib golongan kurang berkemampuan.


Pengarang :