Petugas haji menaiki bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke Arab Saudi bagi menjayakan perjalanan operasi ibadah haji tahun ini pada majlis pelepasan petugas haji ke tanah suci pada 31 Mei 2022. Foto BERNAMA
AGENDAGLOBAL

Arab Saudi sambut ketibaan kumpulan jemaah haji pertama sejak pandemik

RIYADH, 5 JUN: Kumpulan pertama jemaah haji asing tiba di Arab Saudi pada Sabtu, buat julung kalinya sejak penularan pandemik Covid-19.

Kumpulan 358 jemaah haji dari Indonesia itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamed bin Abdulaziz di kota suci Madinah, lapor Agensi Anadolu memetik laporan agensi berita negara SPA.

Arab Saudi mengehadkan ibadah haji hanya kepada jemaah domestik sejak dua tahun lalu berikutan pandemik. Seramai 60,000 jemaah menunaikan haji tahun lalu berbanding sekitar 2.5 juta pada 2019.

Ziarah ke tempat paling suci Islam, Kaabah di kota Mekah, adalah satu daripada lima rukun Islam.​ Setiap umat Islam diwajibkan menunaikan haji sekurang-kurangnya sekali dalam hidupnya jika berkemampuan.

– BERNAMA


Pengarang :