Sesi pembelajaran dijalankan pusat Anak Istimewa Selangor (AnIS) untuk membantu kanak-kanak terlibat meningkatkan kemahiran diri dan boleh berdikari. Foto Facebook AnIS
AGENDANASIONAL

Bantuan khas anak istimewa negeri, Yawas terima hampir 4,000 permohonan

SHAH ALAM, 15 JUN: Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menerima sebanyak 3,849 permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (Anis) untuk tahun ini.

Ketua Jabatan Anis Danial Al-Rashid Haron berkata proses semakan dan penilaian sedang dilaksanakan pihaknya secara berfasa dalam tempoh dua bulan.

“Daripada semua permohonan diterima Yawas, lebih 1,500 permohonan dilengkapi dengan dokumen diperlukan.

“Jabatan akan memaklumkan permohonan yang lulus menerusi pesanan ringkas atau mereka boleh membuat pemeriksaan di laman web www.anisselangor.com/bantuananis,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Bantuan khas tersebut diberikan secara sekali bayar dengan had maksimum sehingga RM5,000 bagi satu keluarga dan terbuka kepada anak istimewa berumur 18 tahun ke bawah.

Tujuan utama bantuan untuk meringankan tanggungan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup (makanan tambahan/ubat-ubatan) yang ditanggung ibu bapa atau penjaga.

Insentif itu juga untuk mengurangkan beban ibu bapa atau penjaga yang ingin membeli peralatan khas bagi pemulihan anak-anak istimewa.

 

 

 


Pengarang :