Petugas kesihatan mengambil sampel darah peserta program Selangor Saring di Hotel Grand Sabak, Sabak Bernam pada 28 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Barah payudara kerap berlaku, kesan awal dengan sertai Selangor Saring

SHAH ALAM, 16 JUN: Barah payudara merupakan barah paling kerap berlaku dalam negara ini dengan 43 peratus darinya lewat dikesan.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata sekiranya penyakit itu dapat dikesan awal, ia mampu mencegah risiko lebih serius yang memerlukan kos rawatan tinggi.

“Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Negeri Selangor melaksanakan program Selangor Saring yang bertujuan mengesan penyakit awal.

“Daftar sekarang untuk jalani saringan kesihatan. Ujian ditawarkan berdasarkan penilaian faktor risiko individu melalui borang saringan awal di aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat),” katanya di Facebook.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program hingga 4 September itu menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik dan barah payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.

Minggu ini program saringan kesihatan secara percuma diteruskan di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan Sabtu diadakan untuk DUN Dengkil dan Sungai Ramal manakala Ahad untuk DUN Sungai Pelek, Pandan Indah serta Teratai.


Pengarang :