Seorang ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE) menerima baucar beli-belah DUN Kuala Kubu Bharu. Foto Facebook Lee Kee Hiong
EXCO SELANGOR

Baucar SMUE diagih secara terbuka, ahli tidak perlu tunggu bulan kelahiran

TANJUNG KARANG, 11 JUN: Baucar Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bernilai RM100 kini diagihkan secara terbuka tanpa perlu menunggu bulan kelahiran.

EXCO pembangunan sosio-ekonomi berkata penerima boleh mengambil baucar itu pada tahun sama di pejabat pusat khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sejak Mac lalu.

“Sistem agihan ditukar kerana mendapati ada sesetengah penerima tidak dapat mengambilnya sehingga terkumpul.

“Setakat ini, sejak pelaksanaan sistem ini kita dapati peratusan pengambilan baucar meningkat dan kini sedang dilaraskan sepenuhnya,” kata V Ganabathirau kepada SelangorKini.

Seramai 372,453 penerima Jom Shopping SMUE menerima baucar RM100 sejak diperkenalkan pada 2019.

Program Jom Shopping SMUE mendapat sambutan baik dan menggalakkan daripada warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).


Pengarang :