Selangorkini
Laman sesawang Selangor Kerjaya menawarkan pelbagai maklumat untuk pencari kerja serta majikan mendapat tenaga kerja menepati kekosongan jawatan.
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Bawa rakan daftar Selangor Kerjaya dapat RM100 selepas peroleh kerja

SHAH ALAM, 22 JUN: Individu yang membawa rakan mendaftar mencari pekerjaan di Selangor Kerjaya berpeluang menerima ganjaran RM100.

Selangor Kerjaya memaklumkan ganjaran RM100 berkenaan diberikan selepas kenalan yang mendaftar itu memperoleh pekerjaan.

Berdasarkan pautan pendaftaran bawa rakan, dapat RM100 di http://www.selangorkerjaya.com.my/ terdapat empat langkah yang diperlukan bagi membolehkan individu itu layak menerima ganjaran berkenaan.

Pertama mengisi maklumat diri, kedua menerima emel pengesahan, ketiga minta rakan mendaftar Selangor Kerjaya dan keempat terima ganjaran selepas rakan mendapat pekerjaan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Selangor Kerjaya menerusi WhatsApp di talian 011-55502881.

Selangor Kerjaya merupakan inisiatif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bagi memacu ekonomi rakyat melalui padanan kerjaya bersesuaian dan berkesan.

Dilancarkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 26 Januari 2021, Selangor Kerjaya merupakan program pengurusan bakat dan tenaga kerja untuk rakyat di negeri ini yang bakal memanfaatkan 10,000 individu yang sedang mencari pekerjaan di Selangor.


Pengarang :