Pemandu kenderaan dan penunggang motosikal terpaksa meredah banjir berikutan hujan lebat berterusan ketika tinjauan Selangorkini di Persiaran Jubli Perak Seksyen 22, Shah Alam pada 18 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKIN
ADNSELANGOR

Bawa usul perubahan iklim, bantuan rakyat dalam sidang dewan

PETALING JAYA, 29 JUN: Persiapan negeri menghadapi perubahan iklim antara usul yang akan dibawa wakil rakyat Bandar Utama dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) bulan depan.

Menurut Jamaliah Jamaluddin, tumpuan juga diberikan terhadap pembelaan nasib rakyat yang ditimpa musibah seperti banjir dan tanah runtuh disebabkan faktor berkenaan.

“Kita perlu belajar daripada pengalaman lepas seperti banjir besar melanda Selangor pada Disember tahun lalu termasuk tanah runtuh di beberapa kawasan.

“Memang sukar untuk hentikan perubahan iklim tetapi jika ia berlaku, negeri perlu tahu cara membantu rakyat terutama petani, nelayan atau mereka yang tinggal berhampiran kawasan berisiko,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek menaik taraf sistem saliran dan kolam takungan di hulu sungai kawasan Sungai Kayu Ara di sini hari ini.

Sebelum ini, Speaker DNS Ng Suee Lim mengumumkan sidang dewan dijadual berlangsung mulai 25 Julai sehingga 5 Ogos depan.


Pengarang :