Logo Majlis Bandaraya Petaling Jaya
PBTSELANGOR

Beberapa jalan sekitar Petaling Jaya ditutup 19 Jun, beri laluan acara larian 10KM

SHAH ALAM, 14 JUN: Beberapa jalan sekitar Petaling Jaya ditutup pada 19 Jun bagi memberi laluan penganjuran acara larian Petaling Jaya 10 kilometer(km) sempena ulang tahun bandar raya itu yang ke-16.

Sekretariat media unit komunikasi korporat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan penutupan dan kawalan lalu lintas dibuat secara berperingkat mulai 12 tengah malam hingga 11 pagi.

“Pengguna jalan raya diingatkan mengikut arahan laluan polis trafik Petaling Jaya dan penguat kuasa MBPJ yang bertugas serta sentiasa bersedia sepanjang acara berlangsung,” katanya dalam kenyataan.

Pihak berkuasa tempatan itu turut mengingatkan peserta meletak kenderaan di tempat disediakan sekitar lokasi acara, sebaliknya bukan di bahu jalan.

“Disaran untuk menggunakan pengangkutan awam agar dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas pada hari acara berlangsung,” katanya.

Maklumat lanjut layari laman sesawang www.mbpj.gov.my atau kunjungi laman sosial Majlis atau hubungi urusetia acara larian Petaling Jaya 10 KM, Puncak Ventures Sra Sdn. Bhd di talian 019- 3149766/011-11565575 /019 5541902.

Jalan terlibat seperti berikut:

Jalan Yong Shook Lin
Jalan Barat
Jalan Utara
Jalan Prof Khoo Kay Kim
Jalan Prof. Diraja Ungku Aziz
Jalan Bukit 11/2
Jalan 12/13
Jalan 12/16
Jalan Kemajuan
Jalan 12/15
Jalan Utara
Jalan Timur
Jalan Sultan Timur


Pengarang :