Penghantar barangan Seldec mengangkat beg selepas pelancaran portal Rantaian e-Bekalan Digital Selangor dan aplikasi Seldec Rider di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 24 Jun 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Beli-belah di Seldec, pelbagai tawaran menarik sempena ulang tahun kedua

SHAH ALAM, 10 JUN: Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec) memberikan pelbagai tawaran menarik sempena ulang tahun kedua platform beli-belah tersebut, Jun ini.

Menerusi Facebook, Seldec memaklumkan potongan sebanyak RM2, penghantaran percuma dan apron turut diberikan sekiranya membuat pembelian RM150 ke atas.

Pelbagai barangan runcit ditawarkan antaranya ayam segar, ikan segar, buah-buahan, sayur-sayuran, telur, gula dan mee segera dijual di platform Seldec.

“Potongan RM2 turut diberi jika anda membeli barangan RM20 ke atas dan penghantaran terus secara percuma ke rumah apabila anda berbelanja sebanyak RM40 ke atas.

“Pastikan anda masukkan promokod ANNIV2 sebelum daftar keluar. Jom membeli-belah sambil berjimat di www.seldec.com.my sepanjang bulan ini,” kata kenyataan itu.

Seldec memasarkan hasil tani usahawan kecil di negeri ini secara meluas selain menawarkan produk yang sukar diperoleh dalam pasaran antaranya ikan patin, tempoyak, sambal hitam Pahang, rempah gulai nasi dagang dan lemang resipi asli dari Gemencheh, Negeri Sembilan.

Pelbagai promosi seperti penghantaran percuma serta potongan harga juga dibuat secara berkala dan segala maklumat dikongsi menerusi Facebook Seldec.

Sejak dilancarkan Kerajaan Negeri pada 3 Oktober 2019, Seldec menghubungkan pembeli dan penjual secara langsung melalui pautan www.seldec.com.my/en membabitkan pelbagai barangan termasuk daging segar, peralatan rumah, makanan diproses, makanan sejuk beku dan kuih-muih.


Pengarang :