Hee Loy Sian (tengah) melawat tapak pembinaan benteng dan ban konkrit bagi mengatasi banjir kilat di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang pada 4 Jun 2022. Foto Facebook Hee Loy Sian
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Benteng, ban konkrit RM1.2 juta atasi banjir kilat di Kajang

SHAH ALAM, 7 JUN: Pembinaan benteng dan ban konkrit di tebing Sungai Langat dijangka dapat menyelesaikan risiko banjir kilat di kawasan perumahan sekitar Jalan Reko, Kajang.

Projek dengan peruntukan RM1.2 juta dilaksanakan di empat kawasan meliputi Taman Sri Langat, Taman Mahkota, Taman Pasir Mas dan Taman Bangi, lapor Sinar Harian.

Menurut Ahli Dewan Negeri Kajang Hee Loy Sian, pembinaan di tiga kawasan siap sepenuhnya manakala projek di Taman Bangi dijangka selesai pertengahan bulan ini.

“Empat kawasan kita buat benteng iaitu di Taman Sri Langat, Taman Mahkota, Taman Pasir Mas dan Taman Bangi bagi menyelesaikan masalah banjir kilat di Jalan Reko kerana air melimpah dari Sungai Langat.

“Projek keempat di Taman Bangi ini menelan belanja sebanyak RM350,000 dari peruntukan Kerajaan Negeri, dijangka siap pada 15 Jun ini,” katanya.

 


Pengarang :