Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap dalam program Khayra Ummah sempena Jelajah Selangor Penyayang di Masjid Jamek As-Solihin, Kuala Langat pada 25 Jun 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
AGENDANASIONAL

Bicara khas ilmu agama di Masjid Nurul Iman, Ijok 2 Julai

SHAH ALAM, 28 JUN: Siri jelajah bagi majlis ilmu Bicara Khayra Ummah diteruskan lagi Sabtu ini di Masjid Nurul Iman, Batu 8, Ijok dekat Kuala Selangor.

Program bermula 7 malam bakal menampilkan Pengarah Pusat Islam Universiti Selangor Ustaz Ab Razak Aripin dalam slot Bicara Khas bertajuk Kesihatan Berkualiti, Rakyat Terbela.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut dijadual hadir dalam majlis itu bersempena karnival Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Utama Kuala Selangor.

Minggu lalu, program sama berlangsung di Masjid Jamek As-Solihin, Kanchong Darat, Kuala Langat.

Jelajah Selangor Penyayang mula diadakan di Taman Kosas, Ampang pada 19 Jun bagi menggantikan Inisiatif Peduli Rakyat supaya lebih ramai memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Turut dilaksana, program Selangor Saring untuk mengesan penyakit kronik dengan perbelanjaan RM1.5 juta yang memanfaatkan 5,000 orang terutama golongan berisiko.

 


Pengarang :