Kakitangan Sutera Globals Muhammad Hakimin Nor Azime, 20, menitiskan sampel air liur pesakit pada kit ujian kendiri ‘Gmate Covid-19 Rapid Antigen Test’ buatan Korea pada 29 Julai 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: 2,033 kes baharu, lima lagi kematian setakat semalam

SHAH ALAM, 17 JUN: Sebanyak 2,033 jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes 4,497,478 semuanya.

Berdasarkan data di laman web CovidNow daripada 24,577 kes aktif, 23,573 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 13 di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC) dan 959 kes di hospital.

Selain itu, 14 kes dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan manakala 18 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Data juga menunjukan lima lagi kematian direkodkan termasuk tiga kes meninggal dunia di luar hospital.

Berikut perincian kes mengikut negeri:

Selangor: 685
Kuala Lumpur: 551
Pulau Pinang: 167
Perak: 116
Sabah: 99
Negeri Sembilan: 94
Johor: 68
Kedah: 62
Melaka: 59
Sarawak: 38
Putrajaya: 37
Pahang: 28
Kelantan: 17
Terengganu: 8
Perlis: 4
Labuan: 0


Pengarang :