Orang ramai beriadah di pantai Teluk Sisek, Kuantan, Pahang pada 5 Jun 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Jangkitan harian kekal paras 2,000 kes, tiada kematian

SHAH ALAM, 26 JUN: Jangkitan harian Covid-19 di negara ini kekal paras 2,000 kes dengan 2,302 kes baharu dicatatkan setakat semalam.

Menurut data dikongsi menerusi https://covidnow.moh.gov.my jangkitan harian merekodkan 2,425 kes pada 22 Jun, 2,796 kes (23 Jun) dan 2,512 kes (24 Jun).

Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,554,661 kes dengan 28,010 daripadanya adalah kes aktif.

Daripada jumlah kes aktif, 26,929 kes menjalani kuarantin di rumah, 16 kes di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC) dan 1,047 kes di hospital termasuk 13 di tempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Data tersebut menunjukkan tiada kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian kekal 35,745 kes.

 

 

 

 

 


Pengarang :