EXCO Pembangunan Sosio Ekonomi, V Ganabathirau bercakap kepada media ketika diwawancara Media Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Shah Alam pada 20 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: 510 usahawan India terima bantuan alatan menerusi I-Seed

SHAH ALAM, 20 JUN: Seramai 510 usahwan India menerima bantuan alatan menerusi program Indian Selangor Empowerment and Entrepreneurs Development (I-Seed) sejak tahun lalu.

EXCO pembangunan sosio ekonomi V Ganabatirau berkata jumlah itu membabitkan 260 usahawan pada tahun lalu dan 250 lagi pada tahun ini dengan peruntukan RM1 juta setiap tahun.

“Tahun ini sahaja kita terima 700 permohonan di mana daripada jumlah itu lebih 500 yang benar-benar layak dan setakat ini 250 telah diluluskan.

“Sebenarnya peruntukan ini tidak cukup kerana ramai yang memohon, namun kita akan mencari jalan bagi membantu golongan ini,” katanya dalam sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya hanya menerima apa sahaja permohonan bantuan alatan kecuali komputer riba.

“Ramai yang meminta komputer riba dengan alasan menjual barangan secara dalam talian, permohonan ini kita akan tolak. Hanya yang mempunyai produk jualan, perkhidmatan sahaja akan diproses,” katanya.

Program I-Seed dilancar pada 7 April tahun lalu bertujuan meningkatkan taraf ekonomi kaum India melalui pemberian bantuan peralatan bergantung kepada perniagaan yang mereka usahakan.

Antara syarat kelayakan adalah rakyat Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun, individu dan seisi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan dan perniagaan mesti beroperasi di negeri ini.

Selain itu, perniagaan perlu aktif dan konsisten, pemohon atau pasangan (suami/isteri) tidak pernah terima bantuan peralatan di bawah program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor atau program Dana Usahawan Mikro Selangor


Pengarang :