EXCO Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman bergambar bersama pelajar tahfiz selepas majlis penyerahan sumbangan wakaf Al-Quran kepada Maahad Tahfiz An Nur (MATAN) di Taman Puchong Intan pada 7 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Belia Insani bantu perkasa kemahiran pelajar tahfiz

SHAH ALAM, 7 JUN: Kerajaan Negeri akan menubuhkan unit Belia Insani (Bina) yang memberi tumpuan kepada pelajar tahfiz di seluruh Selangor.

EXCO Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman berkata penubuhan Bina bertujuan menarik penyertaan pelajar tahfiz dalam pelbagai kegiatan anjuran Kerajaan Negeri seperti Penggerak Belia Selangor (PeBS).

“Kita cadangkan antara pengisian yang akan dilakukan adalah penganjuran pertandingan e-sukan dan program muzikal Qasidah bersama pelajar tahfiz seluruh Selangor.

“Tujuannya adalah kerana kita mahu membuang persepsi bahawa pelajar tahfiz hanya belajar al-Quran semata-mata sebaliknya mereka juga terlibat sama dalam perkembangan teknologi masa kini seperti e-sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis santuni pelajar tahfiz dan sumbangan wakaf al-Quran di Maahad Tahfiz An-Nur (MATAN) di Taman Puchong Intan di sini hari ini.

Mengulas megenai penubuhan Bina, Mohd Khairuddin berkata pihaknya menjangkakan ia akan dilaksanakan sekitar Julai atau Ogos ini.

“Kita sudah rangka pengisian program di bawah Bina ini, insya-Allah Julai atau Ogos ini kita akan lancarkannya,” katanya lagi.


Pengarang :