Petugas kesihatan mengambil darah peserta progam Selangor Saring di Hotel Grand Sabak, Sabak Bernam pada 28 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

EXCO: Individu ada sejarah keluarga hidap barah disaran saring kesihatan

SHAH ALAM, 16 JUN: Individu memiliki sejarah keluarga menghidap penyakit barah diminta menjalani pemeriksaan kesihatan segera, kata EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata golongan berkenaan boleh mendaftar di program Selangor Saring bagi mengesan sebarang penyakit sekali gus mengelak risiko lebih teruk.

“Anda ada sejarah keluarga menghidapi kanser kolorektal, serviks atau payudara? Daftar Selangor Saring di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

“Pendaftaran adalah percuma. Sayangi nyawa anda, jalani saringan segera,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program secara percuma hingga 4 September itu menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik dan kanser payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.

Minggu ini program diteruskan di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan Sabtu di DUN Dengkil dan Sungai Ramal manakala Ahad di DUN Sungai Pelek, Pandan Indan serta Teratai.


Pengarang :