Mahmud Mastam memberi makan arnab ketika Kembara Sukses Hijrah Selangor di Jalan Kebun, Shah Alam pada 8 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASELANGOR

Hijrah Selangor bantu sedia modal niaga menerusi skim i-Bisnes

SHAH ALAM, 13 JUN: Usahawan di negeri ini disaran mengambil peluang memperoleh modal bagi mengembangkan perniagaan mereka menerusi skim pembiayaan i-Bisnes.

Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) memaklumkan pihaknya menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 dan ramai usahawan sudah dibantu menerusi skim berkenaan.

“Pembiayaan skim i-Bisnes ini terbuka kepada semua sektor perniagaan. Layari www.hijrahselangor.com untuk maklumat lanjut,” katanya di Facebook.

Permohonan secara dalam talian boleh dibuat menerusi pautan http://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login.

Sebelum ini eksekutif promosi Hijrah Selangor memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan dana sebanyak RM965,000 bagi skim i-Bisnes setakat akhir April lalu.

Mohd Ridhwan Asmara berkata jumlah itu berjaya memanfaatkan 2,229 usahawan di negeri ini yang memohon pinjaman antara RM1,000 hingga RM50,000 untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.


Pengarang :