Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDANASIONAL

Hujan lebat dijangka landa Hulu Langat, Selangor hingga jam 5 petang

SHAH ALAM, 21 JUN: Daerah Hulu Langat, Selangor diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 5 petang ni.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) amaran turut membabitkan Pekan dan Rompin di Pahang serta Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.

Kawasan lain adalah Sipitang, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan, Kota Marudu dan Kudat di Sabah.

MetMalaysia berkata amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :