Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDA NASIONAL

Hujan lebat, ribut petir dijangka landa Hulu Selangor hingga jam 10 malam

SHAH ALAM, 14 JUN: Daerah Hulu Selangor, Selangor dijangka mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga jam 10 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata amaran sama turut membabitkan Raub, Pahang; Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak.

Menurut MetMalaysia amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :