Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Hulu Langat, Sepang diramal ribut petir, hujan hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 1 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan daerah Hulu Langat dan Sepang di negeri ini mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 1 pagi esok.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan selain dua kawasan itu, beberapa daerah di enam negeri dijangka mengalami keadaan sama.

Negeri tersebut ialah Perlis dan Wilayah Persekutuan Putrajaya melibatkan hampir semua kawasan manakala Kedah di Langkawi) serta Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah).

Selain itu, Sarawak pula di Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu (Tatau), Miri (Marudi) dan Limbang) selain Sabah (Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :