Peserta boleh memilih lokasi Kursus Praperkahwinan Islam secara bersemuka mulai Julai ini.
AGENDAAGENSISELANGOR

Jais: Kursus Praperkahwinan Islam kembali bersemuka, tiada lagi secara dalam talian

SHAH ALAM, 8 JUN: Kursus Praperkahwinan Islam (KPPI) kembali kepada kaedah bersemuka mulai Julai ini.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memaklumkan kursus secara dalam talian yang diperkenal sejak 2020 tidak lagi ditawarkan selepas ini.

Berdasarkan perkongsian info grafik di Facebook, mereka yang ingin mengikuti kursus boleh mendaftar melalui pautan http://www.sppim.gov.my.

Peserta kemudian perlu membuat pembayaran yuran RM100 dan akan mengikuti kursus secara bersemuka di lokasi yang dipilih.

Sijil KPPI akan diberikan selepas memenuhi syarat yang ditetapkan.

Kursus secara dalam talian bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020 selaras dengan pembudayaan norma baharu susulan pandemik Covid-19.

Bagi memberikan kemudahan, Jais menyediakan 10 pautan KPPI mengikut daerah kepada bakal pengantin.


Pengarang :