Mangsa banjir menerima Bantuan Selangor Bangkit di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Lombong, Seksyen 29, Shah Alam pada 6 Januari 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jelajah bantuan baharu di Taman Kosas, Ampang 19 Jun

SHAH ALAM, 14 JUN: Karnival Jelajah Selangor Penyayang bagi mempromosi inisiatif kebajikan rakyat dijadual semula di Hulu Langat pada Ahad ini.

Menurut Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, program melibatkan 23 anak syarikat negeri akan diadakan di Padang Taman Kosas, Ampang bermula 7.30 pagi hingga 5 petang.

“Agensi ini akan menguar-uarkan insentif disediakan kepada pengunjung. Contohnya Permodalan Negeri Selangor Berhad dan Lembaga Perumahan Selangor akan menerangkan berkenaan Rumah Selangorku.

“Pendaftaran untuk semua inisiatif negeri juga dibuka seperti pinjaman Hijrah dan bantuan Yayasan Warisan Anak Selangor untuk memudahkan penduduk membuat pemohonan,” kata pemerbadanan itu.

Selain menghebahkan maklumat inisiatif, program tersebut turut diserikan pelbagai acara antaranya senamrobik, pertandingan memasak, gubahan bunga, sukan rakyat, papan selaju dan e-sukan.

Pelaksanaan inisiatif membabitkan peruntukan RM350 juta ini menggantikan Inisiatif Peduli Rakyat supaya lebih ramai penduduk memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Antaranya Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), menggantikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) membantu hingga 30,000 keluarga berbanding 25,000 keluarga sebelum ini.

Turut dilaksana, program Selangor Saring untuk mengesan penyakit kronik dengan perbelanjaan RM1.5 juta yang memanfaatkan 5,000 orang terutama golongan berisiko.

Jelajah itu turut dijadual diadakan di Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling dan Gombak.


Pengarang :