Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama penerima surat tawaran rumah SelangorKu sempena Jelajah Selangor Penyayang di padang Taman Kosas, Ampang pada 19 Jun 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Jelajah bantuan rakyat, MB serah surat tawaran Rumah SelangorKu kepada pembeli

HULU LANGAT, 19 JUN: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan surat tawaran kepada tujuh pembeli Rumah SelangorKu sempena Jelajah Selangor Penyayang di padang Taman Kosas, Ampang di sini, hari ini.

Serahan melibatkan pembelian rumah jenis B, Pangsapuri Selangorku Kayangan di Setia Ecohill Semenyih, Kajang, yang menawarkan 600 unit kediaman berkeluasan 750 kaki persegi, tiga bilik tidur serta dua ruang letak kereta.

Dibangunkan pemaju Segaman Sdn Bhd, kediaman berkenaan dijual bermula dari RM100,000 yang turut dilengkapi dewan serbaguna, taman permainan, gimnasium, surau, taska serta kawalan keselamatan 24 jam.

Sepanjang 2018 hingga November tahun lalu. sebanyak 24,428 unit Rumah Selangorku berjaya disiapkan dan ditawar kepada penduduk.

Rumah jenis C paling banyak siap iaitu 9,294 unit diikuti jenis D (7,822 unit), jenis B (4,122 unit) manakala jenis A (2,019) dan jenis E (1,171).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kanan) menyampaikan replika kunci Rumah Idaman ketika Jelajah Selangor Penyayang di padang Taman Kosas, Ampang pada 19 Jun 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :