Pasangan suami isteri dipercayai terbabit kes tipu tempahan rumah inap berjaya diberkas.
AGENDANASIONAL

Jemaah umrah meninggal dunia setiba di KLIA, dipercayai punca darah tinggi

PUTRAJAYA, 4 JUN: Seorang jemaah umrah wanita yang baharu pulang dari Tanah Suci meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, dipercayai akibat komplikasi darah tinggi.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP Imran Abd Rahman ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian itu pada 1.10 tengah hari semalam.

Kejadian berlaku di laluan Gate 12 KLIA untuk pesawat MH8021.

Beliau berkata pemeriksaan fizikal terhadap wanita berusia 53 tahun itu mendapati tiada kesan mencurigakan dan berdasarkan maklumat, wanita berkenaan menghidap penyakit darah tinggi.

“Jenazah wanita itu dihantar ke Hospital Serdang dengan diiringi pihak Kementerian Kesihatan (KKM) KLIA kira-kira 2.30 petang,” katanya.

Tular menerusi media sosial wanita berkenaan didakwa pengsan dan rebah sejurus keluar dari pintu pesawat dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

— BERNAMA

 


Pengarang :