Orang ramai membeli barang keperluan asas bagi membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri dalam Karnival Jualan Mega Prihatin anjuran PKPS di Kampung Pandan, Ampang Jaya pada April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah barangan asas di tapak pasar pagi Taman Medan esok

SHAH ALAM, 3 JUN: Jelajah Jualan Ehsan yang menawarkan barang basah segar dengan harga murah diadakan di tapak pasar pagi Taman Medan, Petaling Jaya bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari esok.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan pihaknya menggunakan lori untuk  menjual barangan asas antaranya ayam, ikan, daging, buah dan sayuran pada harga rendah berbanding pasaran.

“Ayam standard dijual pada harga  RM10.50 sekilogram (kg) ayam paket RM25 (2 kg), ayam paket ekonomi RM10 (800 gram) manakala daging serta tulang RM32 sekilogram.

“Ikan kembung dan selayang dijual RM8 setiap pek manakala harga buah dan sayuran juga dijual lebih rendah dari harga pasaran. Selain itu, ada juga barangan keperluan lain turut dijual, ” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Justeru, PKPS mempelawa orang ramai memanfaatkan peluang itu sekali gus membantu mereka menjimatkan kos perbelanjaan.

Sejak Februari, Kerajaan Selangor melancarkan Program Intervensi Ehsan menerusi Jualan Prihatin Rakyat dan Jualan Prihatin Mega bagi meringankan beban masyarakat.

Pada 27 Mei lalu, EXCO Pertanian dan Asas Tani Ir Izham Hashim memaklumkan jumlah ayam untuk jualan murah pada bulan ini ditingkatkan dari 10,000 kepada 20,000 ekor sehari.

Katanya, peningkatan 10,000 ekor ayam berbanding perancangan awal itu disebabkan permintaan yang tinggi di Selangor.


Pengarang :