Peserta menghadiri temu duga program Jelajah JobCare Selangor di Dewan Taman Gombak, Gombak 4 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Karnival kerjaya di Shah Alam tawar puluhan ribu peluang kerja

SHAH ALAM, 8 JUN: Karnival Kerjaya Mega akan dilangsungkan di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pada Sabtu dan Ahad ini.

Karnival anjuran Kerajaan Negeri bermula 9 pagi hingga 5.30 petang diadakan secara fizikal dengan melibatkan lebih 100 majikan pelbagai sektor yang menawarkan 20,000 peluang kerja.

Antara syarikat turut serta adalah Kumpulan Perangsang Selangor, Daikin Malaysia Sdn Bhd, DHL Express, DRB Hicom Berhad, Giant Malaysia dan Malayan Banking Berhad.

Tidak ketinggalan Media Prima Digital, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Prasarana Malaysia Berhad, Shopee Malaysia, Sport Direct MST Sdn Bhd dan Toyota Auto Body Malaysia Sdn Bhd.

EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman berkata program tersebut diadakan bagi mengurangkan kadar pengangguran di Selangor iaitu 3.2 peratus pada suku pertama 2022.

“Kali ini diadakan dengan skala lebih besar selepas dua tahun dibuat secara hibrid disebabkan tatacara operasi piawai pandemik Covid-19,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari www.SelangorJobportal.com.my .


Pengarang :