Kakitangan KDEB Waste Management dan kontraktor sedang membersihkan longkang di Taman Bukit Teratai, Ampang Jaya. Foto Facebook KDEBWM
AGENSISELANGOR

KDEBWM bersih pasir, mendapan akibat hujan lebat, tanah runtuh

SHAH ALAM, 21 JUN: KDEB Waste Management (KDEBWM) melaksanakan operasi membersihkan pasir dan mendapan di dalam longkang di sekitar Jalan Teratai 1/2J, Taman Bukit Teratai di Ampang Jaya pada Ahad lalu.

Menurut KDEBWM operasi itu dijalankan susulan kejadian tanah runtuh dan hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan baru-baru ini.

“Operasi dijalankan oleh KDEBWM cawangan Ampang Jaya dengan dibantu pekerja kontraktor kawasan dan 10 pekerja pembersihan longkang dari zon-zon pembersihan berhampiran.

“Beberapa peralatan tambahan turut digunakan bagi memudah dan mempercepatkan kerja-kerja pembersihan iaitu catch basin cleaning (CBC) dan high pressure jetter,” katanya di Facebook.

Sementara itu, orang ramai yang ingin membuat aduan kutipan sisa domestik dan pembersihan awam di Selangor boleh menghubungi talian bebas tol KDEBWM di 1-800-88-2824 atau Muat tmrun aplikasi iClean Selangor di play store atau google play.


Pengarang :